JellyPages.com

Thursday 10 October 2013

BaSiKaL

Terasa cepat sangat masa berlalu...

Bile tengok shakir dah semakin membesar...usia aku pun semakin meningkat...huhuhuhu

Bile kami pergi jenjalan ke rumah sepupunya mainan yang suka dipinjam adalah basikal...bila melihat shakir suka sangat akan basikal dan usianya memang sudah sesuai menunggang basikal jd aku belikan shakir basikal...

Pada hari pertama basikal tu ditunggang memang amat janggal bagi shakir tapi selepas dua hari shakir sudah pandai menunggang degan baik..cuma brek aje yang tak pandai digunakan...

Bile hampir setiap hari dikayuhnya pelbagai aksilah dapat kami lihat kadang shakir berdiri di tempat duduk belakang, kadang gaya spiderman, kadang menunggang laju sampai dilanggarnya kerusi dan meja....

Itulah gelagat shakir zufayri.....

Wednesday 9 October 2013

SeTeLaH SeKiaN LaMa

Salam...

Untuk yang pertama kali di tahun 2013... tiba-tiba blog nieh memanggil untuk diaktifkan semula setelah sekian lama terabai...

Tiba-tiba terasa kekok untuk menaip apa yang bermain difikiran yang boleh dikongsikan bersama disini....

Ok bermula dengan  handsome boy yang sorang nieh shakir zufayri, bila umurnya semakin meningkat banyak sangat karenah luar biase yang aku sendiri tidak boleh nak jangka...kadang terasa terubat dengan telatahnya kadang membuatkan aku terlalu emosi...apa sahaja perkara yang kita biase buat untuknya pasti dia nak lakukan sendiri mungkin peningkatan atau pembelajaran bagi umurnya sekarang...baik makan, minum pakai baju, mandi, semua tu dia nak lakukan sendiri aku kadang pantau jerk...

Bila masuk bab aku...macam biase....yeh aku sudah hamil 7bulan seminggu lagi 8 bulan..oppps perlu ke bagitahu kat entry nieh...menanti kehadiran orng baru dalam hidup adalah sesuatu yang menyeronokkan tak salah untuk kita kongsikan bersama...walaupun agak lewat....aku percaya pada rezeki Allah s.w.t shakir lelaki mungkin kali nieh rezeki kami perempunan...memang setiap kali aku berhadapan dengan orng yang dikenali dengan membawa perut yang besar, perkara wajib yang diaorng tanya...dah scan? lelaki ke perempuan...soalan yang kadang aku sendiri pun xboleh nak jawab....apa yang ada dalam perut nieh semuanya kuasa Allah s.w.t kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan..tipulah kalau tak teringin nak pergi scan tengok jantina bayi..soalan yang aku tanya pada doctor bila mereka scan lelaki ke perempuan?..dua kali scan seorang doctor kata lelaki seorang doctor lagi kata perempuan.... banyak kebarangkalian tu..apa-apa pun aku tak kisah baik lelaki baik perempuan yang penting sihat sempurna dan mudah bersalin...amin...