JellyPages.com

Wednesday 27 July 2011

PiLiHaN JuRi Ke-2

Syukur alhamdulillah...

ini adalah gambar dari My Baby Store kerana shakir telah memenangi  hadia saguhati..

Terima kasih aku ucapkan pada My Baby Store kerana telah memilih Shakir Zufayri sebagai pemenang saguhati...heheh cukup bermakna..dan tidak lupa pada mereka yang kenal atau tidak telah support shakir dalam contest ini...terutama suamiku..Mohd Nafis...aku betul-betul teruja..padahal hanya suka-suka sahaja masuk contest ini...ini semua rezeki shakir zufayri....jadi tidak sia-sialah kami masukkan gambar shakir dalam contest ini....

hehe

Tuesday 26 July 2011

LiBuRaN

    salam...last weekend...aku berhajat nak belikan shakir woker..memandangkan shakir dah masuk 6 bulan dan kondusi badanya looks perfect....mean xsuka diletak dan kakinya sudah kuat untuk berdiri..bila aku dudukan shakir nampak sudah kuat..cume sometimes kena pegang supaya tidak jatuh ketepi dan kebelakang...jadi sudah sampai masanya aku belikan shakir woker. We thought to find in stores anakku kat pusat bandar p.gudang..suddenly kawan suamiku..mamat dan dutt bagitahu yang diaorang nak ke angsana and ajak kami together...aku dan suami terus membuat keputusan untuk ke angsana dan cari woker di sana....baru aku ingat di angsana ada Hot FM Hangatnya Tour..patutlah setibanya kami di angsan ramai orang cari parking..dari kejauhan sudah kedengaran orang menyanyi...

sebelum kami ke angsana aku dan suami mencari kedai gunting rambut nak botakkan rambut shakir..biar bertambah handsome hero kami ni...selesai botakkan shakir balik rumah mandikan shakir tidak lama kemudian kami gerak ke angsana..
   
sebelum mandi
shakir sudah botak
       
selesai parking..masuk angsana terus ke kawasan stage..aku nampak AGlh..minat sangat kat AG..selain AG ada beberapa penyampai radia Hotfm yang lain seperti Suraya, Faizal, Kieran, Usop dan lain-lain..

kami terus jalan-jalan di setiap kedai-kedai yang ada kat angana tu...selain aku, suamiku, shakir, mamat, dutt, rayyan..ada lagi kawan suamiku yang turut serta gemuk, nani, dan topek...mereka semua selalu ada jika berkelapangan...


Depan kedai anakku..nani, gemuk, suamiku, shakir dan aku

kedai mainan yang aku bagi tahu woker hanya ada yang display sahaja 
waaaaa..shakir menangis
shakir dahaga rupanya 
setibanya kami di kedai anakku, woker yang ada sangat tidak berkenan, harganya dah satu hal mahal..designnya sangat tidak  menarik...cancle cari kedai lain...jalan lagi..ada satu kedai kat tingkat atas memang khas untuk mainan kanak-kanak, woker hanya ada yang display sahaja, lagi pun tak cantik..aku tak berkenan..takkan nak beli yang display...ohh tidak...tapi kata pekerja kat kedai tu ..

tingkat bawah ada kedai yang banyak menjual woker..jadi kami terus ke kedai tersebut...
setiba saja memang ada beberapa woker dan harganya juga berpatutan....
aku cari mana yang berkenan dan beli...selesai sudah pencarian woker untuk shakir...


dalam lift mahu pulang

selesai sudah dan kami mahu pulang...tapi sebelum itu cari kedai makan...laparnya....suamiku mengajak kami makan di kedai D&C dekat Bandar Baru Uda...kedai anak pakcik man..pakcikman adalah officemate aku....ingatkan dapat murah..sekali pergi pakcikman tak ada..kata isterinya pakcikman pergi belajar agama dengan kawanya...

kedai cik man..rayyan bergambar bersama shakir
dutt bersama rayyan
aku bersama shakir
selesai makan..sembang-sembang...kami terus pulang...

sampai je Pasir Gudang singgah dulu di rumah gemuk dan nani...sembang-sembang..jam hampir pukul 11:00pm..masing-masing kepenatan dan mahu berehat di rumah masing-masing...mana tidaknya esok mahu kerja.... 

sampai rumah suamiku terus pasangkan woker dan bagi shakir naik...terus senyum-senyum dia suka sangatlah tu....

suka sangat dapat woker
bila penat aku turunkan dan bagi susu shakir tidur kepenatan agaknya....
kami semua tidur.....




Wednesday 20 July 2011

MenGaPa PeRLu DeNGaR KaTa oRaNG


aaarrrrggghhhh...tertekan aku...


masa mengandungkan shakir dulu..memang sudah plan hendak hantar shakir ke nursery..bila usianya meningkat setahun...nursery yang aku hendak hantar ni memang sangat dekat dengan opis..senang aku boleh melawat bila-bila aku free..aku tidak kata penjagaan nursery 100% ok...memang macam-macam masalah yang kita dengar pasal penjagaan bayi di nursery..dan aku tidak pula kata penjagaan orang perseorang ni tidak bagus..memang sangat ok...lebih-lebih lagi orang perseorang itu adalah saudara kita sendiri...mudah serasi...
aku cuba lihat dari sudut positif dan negatifnyalah...



Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

  • Kos penjagaan mahal sedikit beza +-RM20-30 
  • Risiko jangkitan penyakit...kalau ada kanak-kanak lain deman...tapi kebiasaanya bayi yang demam akan dijaga oleh ibu bapanya dirumah
  • Peralatan makan yang tidak dijaga bersih, kalau berkongsi dengan kanak-kanak lain,tapi kita boleh bawa sendiri kalau was-was..
  • Ramai kawan kadang-kadang bila ramai kawan perkembangan otak untuk bergaul lebih cepat dan senang untuk anak-anak belajar,pembelajaran yang sesuai akan diterapkan..contoh baca doa...
  • Anak kita akan muda serasi dengan semua orang kerana sudah biasa dengan ramai orang
  • Boleh berdikari sendiri...
  • Pihak pusat penjagaan akan terus fokus dengan anak kita maksudnya untuk seorang penjaga akan menjaga dalam dua orang kanak-kanak..dan kerjanya adalah menjaga sahaja..
  • Pergi kursus
Orang perseorangan (orang jaga dirumah sendiri)
  • Orang yang kita kenal, dan dia akan jaga anak kita dengan baik.
  • Mungkin akan buat kerja rumahnya sekali sambil menjaga anak kita
  • Tidak ada pembelajaran di rumahnya sekadar melihat cerita kartun
  • Anak kita tidak mudah bergaul..sebabnya rumah dia hanya ada anak kita sahaja..
  • Bila orang lain hendak bermain dengan bayi kita  dia akan takut dan tidak mahu dengan orang lain..
  • Murah sedikit berbanding pusat penjagaan.
  • Susah sedikit untuk mendapat jangkitan penyakit kerana anak kita sahaja yang dijaga..
  • Peralataan makanan hanya akan dikongsi dengan penghuni rumah sahaja, tapi kalau si ibu bawa sendiri tidak ada masalah dalam perkongsian tersebut.
  • Mengikut pengalaman


bila aku lihat balik pada positif dan negatifnya..aku telah pun membuat keputusan untuk meletakkan shakir di pusat penjagaan kanak-kanak, bila umurnya genap setahun, aku melihat dari sudut pembelajarannya, dan aku hendak shakir belajar sesuatu ketika dia meningkat naik hendak membesar.

bila hajat aku di war-warkan kepada yang bertanya..terus mereka pertikaikan kenapa..kenapa..sebab apa..hantar anak ke pusat penjagaan sedangkan orang yang jaga sebelum ini ok..dan menceritakan tentang keburukan di pusat jagaan kanak-kanak, dan kebaikan orang perseorangan..aku jadi bingung..kenapa dia hanya melihat di satu sudut sahaja..

bila aku fikir-fikir balik...
MENGAPA PERLU DENGAR KATA ORANG dan aku harus membuat keputusan kalau asyik dengar kata orang memang semua tidak menjadi..






Tuesday 19 July 2011

PerbahaRui LeSeN KeReTa ::..

"Cik..Cik..Cik..sila ketepi...tunjuk lesen kereta..."
"alamak...lesen sudah mati...macam mana ni encik...saya tidak perasan lesen kereta saya sudah mati..."


Biasanya perbualan seperti di atas seringkali didengari mana-mana polis yang selalu membuat sekatan jalan..samaada pemilik lesen menyedarinya atau tidak, mereka sahaja yang tahu..

Kalau dalam kes aku...biasanya aku akan memperbaharui lesen setahun ke dua tahun sahaja...untuk mengelak dari lesen tu lusuh atau mengingatkan aku supaya tarikh perbaharui lesen hampir tiba...


Sekarang memang ada kenyataan dari JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengatakan bahawa lesen kereta akan ditetapkan mengikut tarikh lahir, hampir setiap orang tidak akan lupa tarikh lahirnya..maka jika diberikan tindakan menyeragamkan tarikh tamat lesen adalah pada tarikh lahir kita memang tidak akan menjadi masalah pada setiap orang untuk tidak memperbaharui lesen mereka..

Aku sangat setuju tentang kenyataan ini..senang kita tidak akan lupa untuk memperbaharui lesen...
bila tiba saja tarikh lahir cepat-cepat kita melihat lesen kereta...jadi..tidak ada masalah untuk tidak perasan atau terlupa...




CoNTeST ; ::: CONTEST : ANAKKU GILER GLAMOR :::

salam....

Rasanya sudah lama aku tidah mengupdate blog ni..mana tidaknya aku sangat sibuk menglamorkan anak sendiri di laman mukabuku...

aku ada masuk satu contest tentang Anakku Giler Glamor by My Baby Store..saja aku masuk contest ini, alang-alang sudah ada nombor ahli aku mencuba nasib...syarat-syarat pertandinganya adalah mana-mana peserta yang mendapat like paling banyak akan dikira pemenang..jadi contest ini memerlukan kawan-kawan atau sesiapa sahaja pengelike gambar anak aku ini...

bermulalah episod umie dan abah mempromote pada kengkawan supaya like gambar shakir...


inilah gambar yang aku hantar untuk contest tu...

mana kawan yang sudah lama tak dihubungi aku terus menghubungi mereka....hanya nak suruh mereka menglike gambar shakir...sambil-sambil tu boleh bertanyakan kabar..

sekarang ni hampir 50% kawan-kawan dalam mukabuku menglike gambar shakir dan jika termasuk sekali penglike dari kawan suamiku kira-kira sudah mencecah 700 like...terima kasih mana-mana kawan-kawan yang support kami...

contest ini tutup pada 27 julai 2011..jika dikira dari hari ini hanya tinggal 7 hari lagi..saingan memang sangat sengit...aku tidak kisah kalau ada rezeki adalah..kami mengamalkan persaingan secara sihat...

nanti bila pengumuman sudah diketahui akan aku update blog ini ...

kawan-kawan mana yang belum like jom kita like sama-sama...

have fun...