"Cik..Cik..Cik..sila ketepi...tunjuk lesen kereta..."
"alamak...lesen sudah mati...macam mana ni encik...saya tidak perasan lesen kereta saya sudah mati..."
Biasanya perbualan seperti di atas seringkali didengari mana-mana polis yang selalu membuat sekatan jalan..samaada pemilik lesen menyedarinya atau tidak, mereka sahaja yang tahu..
Kalau dalam kes aku...biasanya aku akan memperbaharui lesen setahun ke dua tahun sahaja...untuk mengelak dari lesen tu lusuh atau mengingatkan aku supaya tarikh perbaharui lesen hampir tiba...
Sekarang memang ada kenyataan dari JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengatakan bahawa lesen kereta akan ditetapkan mengikut tarikh lahir, hampir setiap orang tidak akan lupa tarikh lahirnya..maka jika diberikan tindakan menyeragamkan tarikh tamat lesen adalah pada tarikh lahir kita memang tidak akan menjadi masalah pada setiap orang untuk tidak memperbaharui lesen mereka..
Aku sangat setuju tentang kenyataan ini..senang kita tidak akan lupa untuk memperbaharui lesen...
bila tiba saja tarikh lahir cepat-cepat kita melihat lesen kereta...jadi..tidak ada masalah untuk tidak perasan atau terlupa...

No comments:
Post a Comment