aaarrrrggghhhh...tertekan aku...
masa mengandungkan shakir dulu..memang sudah plan hendak hantar shakir ke nursery..bila usianya meningkat setahun...nursery yang aku hendak hantar ni memang sangat dekat dengan opis..senang aku boleh melawat bila-bila aku free..aku tidak kata penjagaan nursery 100% ok...memang macam-macam masalah yang kita dengar pasal penjagaan bayi di nursery..dan aku tidak pula kata penjagaan orang perseorang ni tidak bagus..memang sangat ok...lebih-lebih lagi orang perseorang itu adalah saudara kita sendiri...mudah serasi...
aku cuba lihat dari sudut positif dan negatifnyalah...
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
- Kos penjagaan mahal sedikit beza +-RM20-30
- Risiko jangkitan penyakit...kalau ada kanak-kanak lain deman...tapi kebiasaanya bayi yang demam akan dijaga oleh ibu bapanya dirumah
- Peralatan makan yang tidak dijaga bersih, kalau berkongsi dengan kanak-kanak lain,tapi kita boleh bawa sendiri kalau was-was..
- Ramai kawan kadang-kadang bila ramai kawan perkembangan otak untuk bergaul lebih cepat dan senang untuk anak-anak belajar,pembelajaran yang sesuai akan diterapkan..contoh baca doa...
- Anak kita akan muda serasi dengan semua orang kerana sudah biasa dengan ramai orang
- Boleh berdikari sendiri...
- Pihak pusat penjagaan akan terus fokus dengan anak kita maksudnya untuk seorang penjaga akan menjaga dalam dua orang kanak-kanak..dan kerjanya adalah menjaga sahaja..
- Pergi kursus
Orang perseorangan (orang jaga dirumah sendiri)
- Orang yang kita kenal, dan dia akan jaga anak kita dengan baik.
- Mungkin akan buat kerja rumahnya sekali sambil menjaga anak kita
- Tidak ada pembelajaran di rumahnya sekadar melihat cerita kartun
- Anak kita tidak mudah bergaul..sebabnya rumah dia hanya ada anak kita sahaja..
- Bila orang lain hendak bermain dengan bayi kita dia akan takut dan tidak mahu dengan orang lain..
- Murah sedikit berbanding pusat penjagaan.
- Susah sedikit untuk mendapat jangkitan penyakit kerana anak kita sahaja yang dijaga..
- Peralataan makanan hanya akan dikongsi dengan penghuni rumah sahaja, tapi kalau si ibu bawa sendiri tidak ada masalah dalam perkongsian tersebut.
- Mengikut pengalaman
bila aku lihat balik pada positif dan negatifnya..aku telah pun membuat keputusan untuk meletakkan shakir di pusat penjagaan kanak-kanak, bila umurnya genap setahun, aku melihat dari sudut pembelajarannya, dan aku hendak shakir belajar sesuatu ketika dia meningkat naik hendak membesar.
bila hajat aku di war-warkan kepada yang bertanya..terus mereka pertikaikan kenapa..kenapa..sebab apa..hantar anak ke pusat penjagaan sedangkan orang yang jaga sebelum ini ok..dan menceritakan tentang keburukan di pusat jagaan kanak-kanak, dan kebaikan orang perseorangan..aku jadi bingung..kenapa dia hanya melihat di satu sudut sahaja..
bila aku fikir-fikir balik...
MENGAPA PERLU DENGAR KATA ORANG dan aku harus membuat keputusan kalau asyik dengar kata orang memang semua tidak menjadi..

No comments:
Post a Comment