JellyPages.com

Wednesday 11 March 2015

Kehidupan & Matlamat



Kadangkala kita lupa apa yang dipanggil kehidupan, setiap apa yang berlaku tanpa kita duga tanpa dijangka ia terus berlalu mungkin meninggalkan kesan pada seseorng atau sebaliknya, apa matlamat hidup kita sebenarnya.

aku hanyalah seorng isteri yang ada dua orng cahaya mata serta suami, runtin harian seperti biasa, pergi kerja balik kerja urus anak, memasak, kemas rumah sikit sikit, penat terus tidur dan begitulah hari-hari keesokkannya dan seterusnya. 

kalau hendak dikira hampir lima tahun aku bekerja sebagai Jurukur Bahan penat, strees, bosan, suka duka, semua sudah aku lalui, yang belum sahaja adalah kebebasan yang mana bebas untuk aku pergi ke mana sahaja tanpa mengira tanggunjawab pada kerja, bebas bersama keluarga tidak kira masa. pendek kata aku boleh melakukan apa sahaja dengan keluarga.

bila dikenang masa belajar dulu, tidak sabar untuk bekerja tapi bila sudah kerja mahu pula berhenti kerja. lumrah manusia agaknya.
so bila diceritakan pasal kehidupan dan matlamat, aku ingin berhenti kerja dan ingin menjalani kehidupan yang terbaik untuk keluarga tanpa terikat pada mana-mana komitmen kerja, tapi mampu kah aku?? 
dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu.

aku harap matlamat aku ini boleh dijadikan sebagai doa semoga ALLAH swt perkenankan.
amin..



No comments:

Post a Comment